Ya Allah tabahkan dan tambahkan kekuatan padaku untuk melakukan amal ibadat kepadamu. rasanya tidak ada apa amal yang dapat dibawa sekiranya engkau mengambil nyawaku. Kekadang aku berkeluh kesah tentang kelemahan diri dan kedengkelan iman serta kekurangan diri yang teramat jauh berbanding dengan orang yang mempunyai ilmu agama.
"Allah...Allah...Allah..tolonglah hambamu ini.. kasihanilah daku, tempatkan diriku bersama orang yang beriman dan beramal salleh, ampunkan dosaku,terimalah taubatku, ampunkan dosaku kepada suamiku, kekalkan jodoh kami hingga akhir hayat kami, dosa kepada ibubapaku, ....Kau berilah taufik dan hidayahmu kepada bapaku, kembalikan ia ke jalan yang benar dan lulus dan engkau redhai, tempatkanlah ibuku bersama orang yang beriman, kasihanilah ibuku sebagaimana ia mengasihiku semasa kecil, ampunkan dosa anak -anakku..lindungilah mereka, berkatilah kehidupan ,permudahkanlah urusan dan murahkan rezeki mereka., bukakanlah pintu hati mereka untukmelakukan amal ibadat kepadaMu..Ya Allah aku berserah dan bertawakkal kepadamu,......Amin,amin..ya rabbal alamin ".
No comments:
Post a Comment