Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan yang dilalui

Alhamdulillah, Allah Subhanataala masih memberi nikmat untukku merasai  nikmat ramadhan 2010 dan cuba untuk improvisasi diri dalam mengerjakan amal ibadat.  Sebenarnya pada setiap tahun aku cuba dan terus mencuba  untuk meningkatkan amal dan ibadat serta merajinkan diri untuk melakukannya.  Betullah kata orang, dibulan puasa ini semua syaitan dan  iblis telah diikat dan dirantai, namun nafsu diri sendiri yang susah untuk dikekang.  Untuk merasa  nikmat dan kemanisan dalam beramal  hanya akan diperolehi apabila kita dapat merasakan kecintaan kepada Allah.   Dapat merasakan betapa lemah dan kerdilnya kita dan  cuba merasakan kasih sayang dan kecintaan Allah kepada makhluk ciptaannya.  Allah subhanataala tidak pernah  marah atas segala kurniaannya yang tidak kita syukuri malah terus beri dan memberi......Allah maha suci engkau yang maha pemurah dan maha penyayang................

Ya Allah tabahkan dan tambahkan kekuatan padaku untuk  melakukan amal ibadat kepadamu.  rasanya tidak ada apa amal yang dapat dibawa sekiranya engkau mengambil nyawaku.  Kekadang aku berkeluh kesah tentang kelemahan diri dan kedengkelan iman serta kekurangan diri yang teramat jauh berbanding dengan orang yang mempunyai ilmu agama.

 "Allah...Allah...Allah..tolonglah hambamu ini.. kasihanilah daku, tempatkan diriku bersama orang yang beriman dan beramal salleh, ampunkan dosaku,terimalah taubatku, ampunkan dosaku kepada suamiku, kekalkan jodoh kami hingga akhir hayat kami,  dosa kepada ibubapaku, ....Kau berilah taufik dan hidayahmu kepada bapaku, kembalikan ia ke jalan yang benar dan lulus dan engkau redhai, tempatkanlah ibuku bersama orang yang beriman, kasihanilah ibuku sebagaimana ia mengasihiku semasa kecil, ampunkan dosa anak -anakku..lindungilah mereka, berkatilah kehidupan ,permudahkanlah urusan dan murahkan rezeki  mereka.,  bukakanlah pintu hati mereka untukmelakukan amal ibadat kepadaMu..Ya Allah aku berserah dan bertawakkal kepadamu,......Amin,amin..ya rabbal alamin ".

Wednesday, July 28, 2010

Disisih utk ketinggalan

Kadang-kadang kita merasakan kita tak dipedulikan.  Banyak perkara boleh dipertikaikan samada tentang diri mahupun keluarga.  Mungkin juga atas sebab diri sendiri yang tidak pandai untuk menjual diri (menonjolkan).  Kita rasa tersisih dari kawan, keluarga,masyarakat dan lebih teruk rasa tersisih dari diri sendiri kerana terpaksa menyesuaikan keadaan .
Adakah diri ini seorang yang mementingkan diri atau tidak mahu melibatkan diri atau apakah orang akan menganggap bahawa kita seorang yang sombong.

Semalam bercakap telefon dengan adik, byak hal-hal keluarga yang tertinggal cerita dan perkembangan.  Nak cuba menyibukkan diri untuk mengambil pusing hal orang lain rasanya tak mampu.  Menjadi seorang yang popular dan ramai kenalan datang berkunjung dan menziarahi rumah kitapun rasanyatak tahan sangat , kadangkala kita kena menjaga hati dan perasaan kita dahulu. Keadaanku sekarang terasa tenang dan tenteram hanya rasa kesunyian.
Tapi aku percaya bahawa bersendirian itu lebih baik dari mendapat kawan yang jahat dan kawan yang soleh lebih baik dari bersendirian.

Aku cuba untuk membiasakan diri untuk bercerita dalam blog.  Cuba untuk meluahkan rasa hati dan perasaan.  Cuba mencari keseimbangan dalam mengurus dan mengatur kehidupan . 
Mungkin dengan cara menulis dapat mempertajamkan fikiran dan menghalusi sensitiviti sekeliling.  Aku tidak mahu mengjadi seorang yang ketinggalan.  Tidak ketinggalan dalam mencari ilmu dunia dan akhirat.  Aku senang dengan situasiku sekarang, mungkin ruangan blog aku ini boleh menjadi sahabat kepadaku., kerana   "sebaik-baik sahabat ialah orang/tempat yang boleh dipercayai, merasa  aman dan damai dengannya, tempat untuk mengadu kesusahan dan kedukaan,  tempat untuk bercerita dan tidak akan membocorkannya kepada orang lain".
  
Bersyukurlah sentiasa sementara kita masih ada disini.

Sunday, July 25, 2010

Hari 1 menulis blog

Suami mencadangkan aku membuka satu  blog untuk aku mengisi masa lapang.  Seingatku masa memang penuh dengan kerja-kerja  rumah, menyiapkan anak, mengemas dan memasak walaupun tak berapa minat nak masak, tapi tak apalah boleh juga mencuba menulis  blog. 

 Hati teruja juga nak menulis tapi aku rasa aku pandai untuk mengembangkan bakat penulisan. Selalunya mati idea setengah-setengah.  Aku meminta anak perempuanku untuk mengajarku bagaimana untuk buka akaun dan blog  dan memahamkan serba sedikit tentang ciri-ciri dan cara-cara menulis blog. Faham sajalah dah jadi suri rumah dekat 20 tahun, nak duduk depan komputer terasa malas disebabkan tidak ada tujuan dan matlamat nak dibuat.  Lainlah dulu masa kerja banyak kerja yang perlu dilakukan ...laporan, surat, ucapan dan macam-macam.

Hari ini 26 Julai 2010  pukul 2.00 ptg aku duduk depan komputer ni dan masuk  akaun blog aku dan cuba menulis.  Hatiku teramat teruja, entah apa topiklah yang hendak aku tuliskan. Semuanya berbaur-baur dalam otak fikiran.  Nak tulis yang secara terus terangke....atau nak sembunyi sikit, ataupun kelentong sana sini.  Aku estimate waktu untuk aku melayari  dan menulis blog selama satu hingga 2 jam. 

Hari ini aku rasa ingin menulis tentang diriku. Aku telah bersuami dan mempunyai 2 orang anak, seorang perempuan dan lelaki.    Suamiku seorang yang sangat penyayang dan amat memahami diriku.  Aku rasakan kalaupun dia tak faham aku tapi dia akan cuba untuk menerima aku seadanya.   Semenjak dari sebelum berumahtangga, mula berumahtangga hinggalah sekarang dah lebih 20 tahun.  Akupun cuba untukmenjaga dan mempertahankan rumahtangga ini sebaik mungkin.  Tidak dinafikan kadang-kadang mcam-macam perasaan dan keinginan yang bukan2 hendak dilakukan.  Faham sajalah setan2 sekeliling nafsu dunia ini.
Aku sentiasa cuba memahatkan  prinsip sekiranya kita mengutamakan akhirat maka dunia akan mengikut kita.  Kita hanya menumpang didunia yang Allah pinjamkan kepada kita.  Kita mempunyai matlamat yang satu iaitu akan kembali kepadaNya.