Wednesday, July 28, 2010

Disisih utk ketinggalan

Kadang-kadang kita merasakan kita tak dipedulikan.  Banyak perkara boleh dipertikaikan samada tentang diri mahupun keluarga.  Mungkin juga atas sebab diri sendiri yang tidak pandai untuk menjual diri (menonjolkan).  Kita rasa tersisih dari kawan, keluarga,masyarakat dan lebih teruk rasa tersisih dari diri sendiri kerana terpaksa menyesuaikan keadaan .
Adakah diri ini seorang yang mementingkan diri atau tidak mahu melibatkan diri atau apakah orang akan menganggap bahawa kita seorang yang sombong.

Semalam bercakap telefon dengan adik, byak hal-hal keluarga yang tertinggal cerita dan perkembangan.  Nak cuba menyibukkan diri untuk mengambil pusing hal orang lain rasanya tak mampu.  Menjadi seorang yang popular dan ramai kenalan datang berkunjung dan menziarahi rumah kitapun rasanyatak tahan sangat , kadangkala kita kena menjaga hati dan perasaan kita dahulu. Keadaanku sekarang terasa tenang dan tenteram hanya rasa kesunyian.
Tapi aku percaya bahawa bersendirian itu lebih baik dari mendapat kawan yang jahat dan kawan yang soleh lebih baik dari bersendirian.

Aku cuba untuk membiasakan diri untuk bercerita dalam blog.  Cuba untuk meluahkan rasa hati dan perasaan.  Cuba mencari keseimbangan dalam mengurus dan mengatur kehidupan . 
Mungkin dengan cara menulis dapat mempertajamkan fikiran dan menghalusi sensitiviti sekeliling.  Aku tidak mahu mengjadi seorang yang ketinggalan.  Tidak ketinggalan dalam mencari ilmu dunia dan akhirat.  Aku senang dengan situasiku sekarang, mungkin ruangan blog aku ini boleh menjadi sahabat kepadaku., kerana   "sebaik-baik sahabat ialah orang/tempat yang boleh dipercayai, merasa  aman dan damai dengannya, tempat untuk mengadu kesusahan dan kedukaan,  tempat untuk bercerita dan tidak akan membocorkannya kepada orang lain".
  
Bersyukurlah sentiasa sementara kita masih ada disini.

No comments:

Post a Comment