Wednesday, July 28, 2010

Disisih utk ketinggalan

Kadang-kadang kita merasakan kita tak dipedulikan.  Banyak perkara boleh dipertikaikan samada tentang diri mahupun keluarga.  Mungkin juga atas sebab diri sendiri yang tidak pandai untuk menjual diri (menonjolkan).  Kita rasa tersisih dari kawan, keluarga,masyarakat dan lebih teruk rasa tersisih dari diri sendiri kerana terpaksa menyesuaikan keadaan .
Adakah diri ini seorang yang mementingkan diri atau tidak mahu melibatkan diri atau apakah orang akan menganggap bahawa kita seorang yang sombong.

Semalam bercakap telefon dengan adik, byak hal-hal keluarga yang tertinggal cerita dan perkembangan.  Nak cuba menyibukkan diri untuk mengambil pusing hal orang lain rasanya tak mampu.  Menjadi seorang yang popular dan ramai kenalan datang berkunjung dan menziarahi rumah kitapun rasanyatak tahan sangat , kadangkala kita kena menjaga hati dan perasaan kita dahulu. Keadaanku sekarang terasa tenang dan tenteram hanya rasa kesunyian.
Tapi aku percaya bahawa bersendirian itu lebih baik dari mendapat kawan yang jahat dan kawan yang soleh lebih baik dari bersendirian.

Aku cuba untuk membiasakan diri untuk bercerita dalam blog.  Cuba untuk meluahkan rasa hati dan perasaan.  Cuba mencari keseimbangan dalam mengurus dan mengatur kehidupan . 
Mungkin dengan cara menulis dapat mempertajamkan fikiran dan menghalusi sensitiviti sekeliling.  Aku tidak mahu mengjadi seorang yang ketinggalan.  Tidak ketinggalan dalam mencari ilmu dunia dan akhirat.  Aku senang dengan situasiku sekarang, mungkin ruangan blog aku ini boleh menjadi sahabat kepadaku., kerana   "sebaik-baik sahabat ialah orang/tempat yang boleh dipercayai, merasa  aman dan damai dengannya, tempat untuk mengadu kesusahan dan kedukaan,  tempat untuk bercerita dan tidak akan membocorkannya kepada orang lain".
  
Bersyukurlah sentiasa sementara kita masih ada disini.

Sunday, July 25, 2010

Hari 1 menulis blog

Suami mencadangkan aku membuka satu  blog untuk aku mengisi masa lapang.  Seingatku masa memang penuh dengan kerja-kerja  rumah, menyiapkan anak, mengemas dan memasak walaupun tak berapa minat nak masak, tapi tak apalah boleh juga mencuba menulis  blog. 

 Hati teruja juga nak menulis tapi aku rasa aku pandai untuk mengembangkan bakat penulisan. Selalunya mati idea setengah-setengah.  Aku meminta anak perempuanku untuk mengajarku bagaimana untuk buka akaun dan blog  dan memahamkan serba sedikit tentang ciri-ciri dan cara-cara menulis blog. Faham sajalah dah jadi suri rumah dekat 20 tahun, nak duduk depan komputer terasa malas disebabkan tidak ada tujuan dan matlamat nak dibuat.  Lainlah dulu masa kerja banyak kerja yang perlu dilakukan ...laporan, surat, ucapan dan macam-macam.

Hari ini 26 Julai 2010  pukul 2.00 ptg aku duduk depan komputer ni dan masuk  akaun blog aku dan cuba menulis.  Hatiku teramat teruja, entah apa topiklah yang hendak aku tuliskan. Semuanya berbaur-baur dalam otak fikiran.  Nak tulis yang secara terus terangke....atau nak sembunyi sikit, ataupun kelentong sana sini.  Aku estimate waktu untuk aku melayari  dan menulis blog selama satu hingga 2 jam. 

Hari ini aku rasa ingin menulis tentang diriku. Aku telah bersuami dan mempunyai 2 orang anak, seorang perempuan dan lelaki.    Suamiku seorang yang sangat penyayang dan amat memahami diriku.  Aku rasakan kalaupun dia tak faham aku tapi dia akan cuba untuk menerima aku seadanya.   Semenjak dari sebelum berumahtangga, mula berumahtangga hinggalah sekarang dah lebih 20 tahun.  Akupun cuba untukmenjaga dan mempertahankan rumahtangga ini sebaik mungkin.  Tidak dinafikan kadang-kadang mcam-macam perasaan dan keinginan yang bukan2 hendak dilakukan.  Faham sajalah setan2 sekeliling nafsu dunia ini.
Aku sentiasa cuba memahatkan  prinsip sekiranya kita mengutamakan akhirat maka dunia akan mengikut kita.  Kita hanya menumpang didunia yang Allah pinjamkan kepada kita.  Kita mempunyai matlamat yang satu iaitu akan kembali kepadaNya.